Followers

Sunday, January 30, 2011

bergaya dgn tudung??

hari ni aku nk post pic bertudung gaya sha eeiyuw haha..agak2 membantu x korang nk bergaya sakan bile kuar kang?mcm la korng ni tgok sgt pic ni haha..alih2 aku tgok sndri gak haha..asal aku hepi sudahh...huhu bukan nk menjadi model tp untuk suke2  menambah keyakinan diri kat luar ye huhu..yehaaa bertenaga..tp yg penting "jgn jarang" material kain tuh huhu..jom kita mulakan 1..2..3... senyummm


aku suke sgt pkai shawls..n ape2 je la yg bkaitan ngn tudung yg sedap mata ku pandang ..susah nk dpisahkan huhu kecuali malas nk bgaya sakan..tp salunyer aku rajin je bab2 camni..dah suke nk wat cane kannn..lgpown dgn cara ni la aku rasa hepi sket n dpt lupa masalah seketika..kire hobi mase lapang lah ni hahaha...sonoknyer la dpt gelak wahaha ,eeiyuw gota go..~~

Najis oh Najis

Ramai yg xtahu cara nk mnyucikan najis..bkn budak tadika tapi umur dah mnjangkau puluhan tahun..sayangnye..kalau ade basic dr skola agama mungkin bukan masalah besar ..xpe lah hari ni aku nk bkongsi cara2 nk mnyucikan najis2..ade 3 jenis najis..ok kita mulakn dgn :

1.Najis Mukhaffafah
Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).
 
CARA-CARA MENYUCI NAJIS
Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya.

2.Najis Mughallazah
Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu dari keduanya.
 
CARA-CARA MENYUCI NAJIS
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang suci.
Jika tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka hendaklah ditambah enam kali lagi.

3.Najis Mutawasitah
Najis mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah iaitu:
• Setiap yang cecair yang memabukkan
• Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing.
• Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia.
• Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.

CARA-CARA MENYUCI NAJIS
Bagi menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya, warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau baunya).Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang.
Dan tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu.

Mudahkn? islam itu indah..suka akan kebersihan.. :)

Friday, January 28, 2011

MANIK OH MANIK


Duit bukan lagi masalah baru yg cube diperkenalkan..justeru itu,duit amat penting dalam kehidupan sume masyarakat terutamanya pelajar hakhakhak..karangan spm nih..agak2 dpt A x??lalala~~~ huhu sbnarnyer susah ble xde duit nih..lg mcm den ni haaa xdok ptptn huhu..100% makbapak jd bank nyer..jd untuk mgatasi masalah yg berleluasa ni aku nakkkk sgt kerja kerja kerja yg boleh memberi pendapatan yg penting!! Halal hehe… ari tuh rezki telah dtg bergolek seolah2 memahami jiwa benak fikiran aku ni huhu..mmg btol2 perlukan duit nk byr yuran..blanja sket.. so dgn kudrat yg ada,aku cuba lah wat kerja ak sebaik mungkin huhu..dan akhirnya nil ah hasil nyer



Kalau tgok biasa je kan ..maklum la baru belajar brjinak2 ..alhamdulillah hasil kerja ni disukai pemilik baju hehe..aku x sngka upahnye semahal itew..nk tau bpe???xyah la xelok lak nk batak2 kat sini..cume ak bersyukur sgt dpt wat keje yg x terduga cmni..so sesapa nk ak jaitkan manik2 kat vaju2 korang..ak sedia je nk wat huhu.. perrgghhhh cam trdesak sgt je ayat hahaha..

Saturday, January 1, 2011

Memori suatu ketika

Sesekali trbayang memori lama..aku tersenyum..ketawa..jarang sekali kecewa..kerana trlalu byk yg indah dr duka..lgpown,mana2 yg duka,luka bernanah tu..xsonok pown lau nk dkenang hehe wat mood hancur jerr..
jd sebagai penutup tirai blog aku pd pagi ini..aku paparkan sebahagian kenangan yg pernah aku lalui bersama
kawan2..semoga apa yg trbina dpt mngukir sedikit senyuman hehe...aku rindukan detik yg memberi beribu erti pd wajah2 yg trpampang ... eeiyuw berehat sementara kerana sesi pembelajaran bakal tiba wassalam~~

bersama didepan canselori
g MAHA wat2 brani pgg ular
bersama pemilik WDY mencari roti utk alas perut umat Faculty QS

memori paling sengal haha
assgmnt group yg mencabar hehe

bersantai di pantai Morib dgn camera baru huhu

Lawatan IR bersama rakan seperjuangan..


berpoya-poya kt I-City yg lampu mcm bil xdbayo

bersungguh-sungguh dalam berpasukan "HULA hu LALA"
family day kt Bagan Lalang
melawat sahabat di hospital Serdang

  
sedaya upaya mnyelamatkan assgmnt Network

iftar jamaie bersama warga TQC2

 
mkn bersama pensyarah yg byak berkorban



menyertai pertandingan poster dizaman persekolahan
 

beraya di alam persekolahan
                                                                                                                                               

Istimewanya wanita.. ^_^

Sesekali kita mengeluh.."letihnya jd perempuan!!!"..bila marah, kita xsedar semua bicara kita trlalu jahil..hakikatnya,Allah mencipta manusia (lelaki dan wanita) adalah sebaik2 kejadian..kita sendri yg alpa untuk menyebut tanda syukur krn dapat terus bernafas dgn izinNya..Wanita walaupun lemah zahirnya tp batin dia lah yg paling kuat berbanding lelaki dan begitulah sebaliknya lelaki kuat zahirnya ttp lemah batinnya..jd sbg seorg wanita..kita xperlu gusar krn Allah Maha adil dgn semua makluk ciptaanNya ..jom bersama lihat,apa keistimewaan seorang wanita ..
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

hmmm..Seronokkn menjadi seorang wanita jika kita redha,bersyukur dan memahaminya.. :)